LAWATAN KE KEMENTERIAN KEWANGAN DAN UNIT EKONOMI MALAYSIA

saya ada lawatan sambil belajar ke Kementerian Kewangan Dan Unit Ekonomi Malaysia pada 6 Mac yang lalu. Program ini anjuran Kelab Ekonomi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. 40 orang pelajar Ekonomi telah menyertai program ini. 

masa nak isi form untuk join program ni, rasa excited jugak la sebab tak pergi sana kan. kebetulan hari program ni hari isnin, aku takde kelas. pegi sana tapi aku takde teman. so saya ajak la kawan saya, nama dia Sukainah aka Suu. sebenarnya aku paksa dia pegi. hahaha.. ye la sebab program ni sangat-sangat best bagi aku.. sebab aku ni minat ekonomi.

mengikut tentatif, mula-mula kami pergi ke Kementerian Kewangan. bila kaki melangkah masuk ke bangunan kementerian kewangan, rasa janggal jugak laa..

then, kami diminta ke Dewan Auditorium Aras 1, Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Idwan Ariff bin Abdul Rahman, Ketua Penolong Pengarah Belanjawan Negara.

dalam taklimat yang disampaikan oleh beliau adalah tentang proses belanjawan malaysia.

                                                 



Rangka Kerja Perundangan :

Perlembagaan Perseketuan Bahagian VII-kewangan

PERUNTUKAN KEWANGAN
Bab 1—Am
96. Tiada pencukaian melainkan jika dibenarkan oleh undang-undang
97. Kumpulan Wang Disatukan
98. Perbelanjaan yang dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan
Persekutuan
99. Penyata kewangan tahunan
100. Rang Undang-Undang Perbekalan
101. Perbelanjaan tambahan dan perbelanjaan lebih
102. Kuasa membenarkan perbelanjaan masuk akaun atau bagi maksud
yang tidak dinyatakan
103. Kumpulan Wang Luar Jangka
104. Pengambilan keluar daripada Kumpulan Wang Disatukan
105. Ketua Audit Negara
106. Kuasa dan tugas Ketua Audit Negara
107. Laporan Ketua Audit Negara
108. Majlis Kewangan Negara
109. Pemberian kepada Negeri
110. Penyerahhakan cukai dan fi kepada Negeri
111. Sekatan untuk meminjam
112. Sekatan ke atas perubahan dalam perjawatan Negeri
Bab 2—Pemakaian bagi Negeri Sabah dan Sarawak
112A. Pengauditan Negeri di Negeri Sabah dan Sarawak
112B. Kuasa meminjam bagi Negeri Sabah dan Sarawak
112C. Pemberian khas dan penyerahhakan hasil kepada Negeri Sabah dan
Sarawak
112D. Kajian semula pemberian khas kepada Negeri Sabah dan Sarawak
112E. (Perkiraan kewangan dengan Singapura—Dimansuhkan)

AKTA TATACARA KEWANGAN 1957
Seksyen 6 - Pengelolaan dan Pengawalan Kumpulan Wang Disatukan.(Management and control of Consilidated Funds)
Seksyen 11 - Kumpulan Wang Luar Jangka (Contingencies Fund)
Seksyen 13 - Pembayaran Wang dan Pengeluaran Dari Kumpulan Wang Disatukan (Payment of moneys)
Seksyen 15 - Anggaran dan Viremen (Estimates and virements)


AKTA KUMPULAN WANG PEMBANGUNAN


Seksyen 2Penerimaan Wang ke dalam Kumpulan Wang Pembangunan
Seksyen 3Penggunaan Wang Di dalam Kumpulan Wang Pembangunan
Seksyen 4Anggaran Perbelanjaan Pembangunan dan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan
Seksyen 5Viremen Peruntukan Pembangunan
Seksyen 6Simpanan Luar Jangka
Seksyen 8Pengeluaran Wang Daripada Kumpulan Wang Disatukan

AKTA PEMBEKALAN TAMBAHAN
Perkara 100 Perlembagaan Persekutuan. Seksyen 6 dan 13 Akta Prosedur Kewangan 1957Satu Akta Yang Membenarkan Menteri Kewangan Mengeluarkan Sejumlah Wang Seperti Yang Diluluskan oleh Parlimen Daripada Kumpulan  Wang Disatukan.

PERLEMBAGAAN MALAYSIA



Perkara 97.Kumpulan Wang Disatukan
Perkara 98.Perbelanjaan Yang Dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan
Perkara 99.Pembentangan Anggaran Pendapatan Dan Perbelanjaan di dalam Dewan Rakyat sebelum permulaan tahun Kewangan berkenaan.
Perkara 100.Rang Undang-Undang Perbekalan
Perkara 101.Perbelanjaan Tambahan dan Perbelanjaan Lebih
Perkara 102.Kuasa yang membenarkan perbelanjaan masuk akaun bagi maksud yang tidak dinyatakan
Perkara 103.Penubuhan Kumpulan Wang Luar Jangka
Perkara 104.Pengambilan keluar daripada Kumpulan Wang Disatukan
Perkara 105.Ketua Audit Negara
Perkara 108.Majlis Kewangan Negara
Perkara 109.Pemberian Kepada Negeri-negeri
Perkara 110.Penyerahhakan cukai dan fi kepada negeri 
Perkara 112.

Had-had Perubahan Kepada Perjawatan Negeri-negeri Serta Kadar Emolumen














Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

SEJARAH UKM