AKTIVITI KOLEJ - IOJ 2016

Program ini merupakan satu aktiviti sukarelawan daripada mahasiswa Kolej Rahim Kajai. Program ini adalah sebuah program jangka panjang yang akan diadakan secara berkala dan akan dibahagikan kepada tiga fasa iaitu fasa interaksi, pendidikan dan inspirasi. Dalam konteks ini, inspirasi bermaksud memberi inspirasi kepada anak-anak gelandangan bahawa pilihan untuk mereka menjadi insan yang lebih baik pada masa akan datang. Sepanjang proses ini, para mahasiswa akan bersuai kenal dengan golongan gelandangan atau golongan tidak bernasib baik dan seterusnya golongan ini akan disuntik dengan semangat dan inspirasi daripada mahasiswa Kolej Rahim Kajai. Program ini bertunjangkan misi kesedaran kemanusiaan dalam melahirkan mahasiswa yang tinggi daya mentaliti dan intelektual. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan menarik penglibatan mahasiswa dalam menyumbang bakti serta melaksanakan khidmat sosial kepada masyarakat Justeru itu, program seperti ini dapat memupuk semangat para mahasiswa untuk berbakti kepada masyarakat. Harapan yang tinggi diletakkan pada program ini untuk menjalankan kebajikan dengan jayanya. Hal ini akan dapat mencapai matlamat dan hasrat Universiti Kebangsaan Malaysia yang ingin menyerlahkan konsep “Pendaulat Amanah Negara” dalam diri mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.
 Objektif
  • Memupuk rasa kasih sayang dan prihatin kepada golongan yang kurang bernasib

  • Memastikan bahawa mahasiswa sentiasa prihatin terhadap isu semasa dan berpeluang untuk menyumbang kepada golongan yang kurang bernasib baik.

  • Melahirkan mahasiswa yang holistik dan seimbang dalam pelbagai aspek.

  • Melahirkan mahasiswa yang mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi dan mampu untuk mengadaptasi keadaan mengikut arus pemodenan semasa


Comments

Popular posts from this blog

LAWATAN KE KEMENTERIAN KEWANGAN DAN UNIT EKONOMI MALAYSIA

SEJARAH UKM