BICARA PERDANA NAIB CANSELOR UKM 2017
Pada 30 Mac
2017 telah berlangsungnya sebuah acara gilang gemilang iaitu Bicara Perdana
Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia 2017 di Dewan Canselor Tun Abdul
Razak (DECTAR).
Majlis
gilang gemilang ini dihadiri oleh Timbalan Timbalan Naib Canselor, Pengurusan
Tertinggi UKM, Dekan Fakulti, Pengetua Kolej Kediaman, Para Pensyarah,
Penyelidik UKM, Staf dan Mahasiswa/i UKM.
Acara
tahunan ini membawa kelainan yang baharu dengan temanya iaitu "Kebitaraan
Untuk Kecemerlangan" dan Konsep Perlaksanaan yang sungguh menarik dengan
kerjasama daripada kelab Koir UKM yang menampilkan elemen "UKM's
Cheerleaders" yang menggamatkan suasana DECTAR pada majlis ini. Selain
itu, acara pada tahun ini mengangkat lebih 80 orang pemegang Payung Merah UKM
yang cemerlang dalam kebitaraan mereka masing masing, sesuai dengan tema pada
tahun ini. Mahasiswa yang diangkat ini datangnya daripada pelbagai domain
seperti Kepimpinan, Kebudayaan, Sukan, Kelestarian dan lain lain.
Selain
daripada menyentuh dan menerangkan tentang kejayaan mahasiswa UKM, Naib
Canselor UKM, Prof Dato Dr Noor Azlan Ghazali menekankan tentang kejayaan UKM
secara keseluruhannya dengan penglibatan Pensyarah didalam pelbagai bidang
kajian.
Naib
Canselor juga banyak menyentuh berkenaan sejarah penubuhan UKM ini dengan
melakukan sebuah gimik yang membawa kepada kemunculan Encik Nordin. Beliau
merupakan salah seorang penyumbang yang pernah menyumbang RM 1.00 hasil
simpanan wang saku pada usianya 13 tahun demi membangunkan sebuah Universiti
Kebangsaan Malaysia, mewakili hasrat orang kampung untuk melihat pembangunan
pendidikan di Malaysia.
Di sepanjang
pengucapan Prof Dato Dr Noor Azlan Ghazali terutamanya dipenghujung ucapan,
beliau menekankan tentang peranan pensyarah dan mahasiswa untuk sama sama
melakukan perubahan demi melahirkan lebih ramai lagi graduan Payung Merah UKM
Comments
Post a Comment