ROBOTICS - KOLEJ RAHIM KAJAI
Program ini merupakan satu aktiviti pengenalan budaya robotik daripada mahasiswa Kolej Rahim Kajai. Program ini adalah sebuah program jangka panjang yang akan diadakan secara berkala dan akan dibahagikan kepada tiga fasa iaitu fasa pelancaran, fasa bengkel fasilitator dan latihan robotik dan fasa pengenalan kepada masyarakat. Program Pengenalan Konsep dan Teknologi Robotik kepada Maysarakat merupakan program yang akan dilaksanakan anjuran Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Rahim Kajai sesi 2016/2017. .
Melalui program tersebut, pihak kami ingin menyediakan generasi yang akan datang untuk menempuh cabaran abad 21 yang lebih mementingkan ilmu-ilmu saintifik dan kemahiran teknikal. Dengan program tersebut, kami turut ingin melahirkan pemimpin yang akan datang supaya mereka dilengkapkan dengan kemahiran yang berkaitan dengan STEM. Selain itu, robot berpotensi untuk mentransformasi kaedah pendidikan yang sedia ada.
Paolo Florini, Timbalan IEEE’s Robot & Automation Society’s Education Committee menyatakan bahawa pengunaan robot dalam pendidikan dapat menggubah sikap pelajar untuk belajar dan pelajar akan menjadi lebih aktif untuk mencari ilmu jika berbanding dengan cara pendidikan sekarang yang biasanya, pelajar adalah pasif. Oleh itu, dengan majlis pelancaran tersebut, kami berharap bahawa kami dapat mendedahkan masyarakat dengan kaedah pendidikan baharu melalui pengunaan robotik.
Comments
Post a Comment