Posts

Showing posts from June, 2017

HARI EKSPLORASI MAKROEKONOMI

Image
Hari Eksplorasi Makroekonomi merupakan sebuah program yang wajib disertai oleh pelajar yang mengambil kursus Makroekonomi di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM. saya merupakan salah seorang AJK MAKROEKONOMI yang menjyakan program ini.  Terdapat 5 acara yang dipertandingkan iaitu pop quiz, pantun 4 kerat, debat, jigsaw puzzle dan ujian bertulis. Pada hari tersebut , saya dan beberapa orang rakan saya handle untuk pertandingan debat. pertangdingan tersebut sangat-sangat meriah oleh semua pelajar makroekonomi.

TALK 'FUTURE OF WORK' BY TUNKU ALIZAKRI BIN RAJA MUHAMMAD ALIAS (TIMB. KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF -BAHAGIAN STRATEGI KWSP

Image

BICARA PERDANA NAIB CANSELOR UKM 2017

Image
Pada 30 Mac 2017 telah berlangsungnya sebuah acara gilang gemilang iaitu Bicara Perdana Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia 2017 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR). Majlis gilang gemilang ini dihadiri oleh Timbalan Timbalan Naib Canselor, Pengurusan Tertinggi UKM, Dekan Fakulti, Pengetua Kolej Kediaman, Para Pensyarah, Penyelidik UKM, Staf dan Mahasiswa/i UKM. Acara tahunan ini membawa kelainan yang baharu dengan temanya iaitu "Kebitaraan Untuk Kecemerlangan" dan Konsep Perlaksanaan yang sungguh menarik dengan kerjasama daripada kelab Koir UKM yang menampilkan elemen "UKM's Cheerleaders" yang menggamatkan suasana DECTAR pada majlis ini. Selain itu, acara pada tahun ini mengangkat lebih 80 orang pemegang Payung Merah UKM yang cemerlang dalam kebitaraan mereka masing masing, sesuai dengan tema pada tahun ini. Mahasiswa yang diangkat ini datangnya daripada pelbagai domain seperti Kepimpinan, Kebudayaan, Sukan, Kelestarian dan lain lain...

KRK AEDES BUSTER

Image
19/3/2017 KRK Aedes Buster team telah bekerjasama dengan Program Kajai Go Green untuk melakukan aktiviti gotong royong di sekitar kawasan Kolej Rahim Kajai. Ber sesuaian dengan tema Kajai Go Green, selain daripada aktiviti gotong royong, aktiviti penanaman pokok dan pengumpulan botol juga turut diadakan. Tahniah dan syabas kepada ahli KRK Aedes Buster dan warga Kolej Rahim Kajai yang telah menjayakan aktiviti ini. # krkaedesbusterteam # SearchnDestroy # KolejRahimKajai # KajaiGoGreen – NONE BUT THE BEST –

PESAN ABANG KAKAK KEPADA ADIK (PAKKA) KALI KE-9 SESI 2016/2017

Image
PESAN ABANG KAKAK KEPADA ADIK (PAKKA) telah berlangsung pada 2 – 4 mac 2017 di Smk Seri Menanti Muar . Program ini mempunyai 48 urus setia  dari Kolej Rahim Kajai dan 1 urus setia dari Kolej Dato Onn. Terdapat 150 peserta dalam program pakka yang terdiri dari pelajar -pelajar Smk Seri Menanti Muar. Objektif program ini ialah Mendedahkan mahasiswa/i Kolej Rahim Kajai kepada pelbagai aspek penting dalam komuniti seperti keselamatan, akademik, sahsiah, kebajikan dan sebagainya. Menerapkan sifat kepimpinan, semangat berpasukan, kerjasama, etika kerja dan profesionalisme dari awal dalam diri pelajar sekolah. Mencungkil bakat, kreativiti, inovasi dan kecerdasan minda pelajar untuk berfikir di luar kotak selaras dengan hasrat Naib Canselor UKM iaitu “Pendaulat Amanah Negara”. Berikutnya merupakan antara senarai program yang dijalankan  BUKAN  semua From Senior to Junior Slot ini merupakan sesi perkongsian oleh fasilitator kepada peserta tentang tips-tips belajar dan ...

BASISKA 8

Image
13 MEI 2017/ 16 SYAABAN 1438H UKM: PENDAULAT AMANAH NEGARA *BASISKA 8 PENGERAT MAHASISWA KOLEJ RAHIM KAJAI DAN KOMUNITI UTARA* Seramai 33 orang mahasiswa Kolej Rahim Kajai telah mengikuti program Baktisiswa Sukarelawan Rahim Kajai (BASISKA) kali ke-8 bertempat di Kampung Teluk Wang Besar, Sg.Petani, Kedah Darul Aman. Program yang telah berlangsung pada 11 hingga 13 Mei 2017 tersebut merupakan anjuran Kolej Rahim Kajai dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg.Teluk Wang Besar. Siri program BASISKA kali ini dimulakan dengan pendedahan teknologi robotik (EDUBOTS) kepada para pelajar Darjah 5 Sekolah Kebangsaan Teluk Wang Besar dan dirasmikan oleh Prof.Madya Dr.Roslee Rajikan, Pengarah Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Alumni. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Dr.Hussain Mahdi, mahasiswa pasca kedoktoran UKM selaku penasihat program EDUBOTS. Majlis Penyerahan Anak Angkat juga dirasmi...

AKTIVITI KOLEJ - IOJ 2016

Image
Program ini merupakan satu aktiviti sukarelawan daripada mahasiswa Kolej Rahim Kajai. Program ini adalah sebuah program jangka panjang yang akan diadakan secara berkala dan akan dibahagikan kepada tiga fasa iaitu fasa interaksi, pendidikan dan inspirasi. Dalam konteks ini, inspirasi bermaksud memberi inspirasi kepada anak-anak gelandangan bahawa pilihan untuk mereka menjadi insan yang lebih baik pada masa akan datang. Sepanjang proses ini, para mahasiswa akan bersuai kenal dengan golongan gelandangan atau golongan tidak bernasib baik dan seterusnya golongan ini akan disuntik dengan semangat dan inspirasi daripada mahasiswa Kolej Rahim Kajai. Program ini bertunjangkan misi kesedaran kemanusiaan dalam melahirkan mahasiswa yang tinggi daya mentaliti dan intelektual. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan menarik penglibatan mahasiswa dalam menyumbang bakti serta melaksanakan khidmat sosial kepada masyarakat Justeru itu, program seperti ini dapat memupuk semangat ...

ROBOTICS - KOLEJ RAHIM KAJAI

Image
Program ini merupakan satu aktiviti pengenalan budaya robotik daripada mahasiswa Kolej Rahim Kajai. Program ini adalah sebuah program jangka panjang yang akan diadakan secara berkala dan akan dibahagikan kepada tiga fasa iaitu fasa pelancaran, fasa bengkel fasilitator dan latihan robotik dan fasa pengenalan kepada masyarakat. Program Pengenalan Konsep dan Teknologi Robotik kepada Maysarakat merupakan program yang akan dilaksanakan anjuran Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Rahim Kajai sesi 2016/2017. . Melalui program tersebut, pihak kami ingin menyediakan generasi yang akan datang untuk menempuh cabaran abad 21 yang lebih mementingkan ilmu-ilmu saintifik dan kemahiran teknikal. Dengan program tersebut, kami turut ingin melahirkan pemimpin yang akan datang supaya mereka dilengkapkan dengan kemahiran yang berkaitan dengan STEM. Selain itu, robot berpotensi untuk mentransformasi kaedah pendidikan yang sedia ada.  Paolo Florini, Timbalan  IEEE’s Robot & Automa...

SEJARAH UKM

UKM bermula di mana? UKM bermula di kampus sementaranya di Jalan Pantai Baru Kuala Lumpur. Manakala makmal-makmalnya terletak di Jalan Universiti Seksyen 16 Petaling Jaya. Di sanalah membangunnya universiti tersohor ini dengan jerit perit yang semua orang tidak tahu. Di sanalah lahirnya tokoh-tokoh saintis terkenal Malaysia. Perjuangan untuk penubuhan universiti kebangsaan menjadi semakin bersemarak sebagai memenuhi tuntutan dan semangat kemerdekaan bangsa dan negara. Sehubungan itu, pada 1968 cendekiawan Melayu telah membentuk sebuah jawatankuasa penaja yang berperanan merancang penubuhan sebuah universiti kebangsaan. Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan dan rakyat untuk mewujudkan sebuah institusi pengajian tinggi yang memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam semua bidang pangajian dan keilmuan. Perjuangan yang tidak pernah luput itu mencapai kejayaan dengan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 18 Mei 1970 yang ...